Entry: salam perjuangan Sunday, September 20, 2009



Salam perjuangan untukmu Buat insan yang sehala denganku Bersama mencari keredhaan yang Satu Biar diri diuji beribu Salam perjuangan untukmu Buat insan yang membawaku ke sini Biar pedih luka mengisi Logik akal usaha ku depani Salam perjuangan untukmu Perjuangan ini tak semudah dilafaz Rasamu dan rasaku ternyata berbeza Kerana hati adalah ukuran Menjadi nilaian menjadi bandingan Salam perjuang yang tak pernah sudah Tidak sepertimu … Kekadang aku juga tewas dengan bisikan Membawa aku lara sendiri Dan akal menjauhiku Salam perjuangan untukmu Maafkan aku… Andai ketabahanku tak seperti kau harapkan Ampunkan aku… Andai semangatku tak sekuat kau idamkan Salam perjuangan untuk diriku Biar lara menawan resah Tetapku berjuang dalam kesabaran Membina benteng demi perjuangan Tersungkur jatuh ku bangun sendiri Salam perjuangan untukmu  x w**

 

Perjuangan kita terlalu berat Andai ragu ada yang berpaling Selagi daya selagi upaya Tetap bersama meredah segala Salam perjuangn untukmu si mata jeli Bertuah diri menjadi insan terpilih Andai sudi mencari damai bersama Sambutlah seruan, pintu ku bukakan Salam perjuangan untukmu kekasihku Sudah takdirNya cintamu untuknya Dan sudah takdirNya untuk aku menerimanya Kuyakini ketentuan Ilahi terbaik untukku Salam perjuangan untukmu insan terpilih Mendengar namamu bagaikan halilintar yang menyambar

 Namun…setelah ku fahami erti perjuangan Segenap rasa tertinggal di belakang Salam perjuangan untukmu insan yang mendapat cintanya Maafkan andai aku tak sempurna Ampunilah andai aku tak sekuat yusof  Kekurangan usahaku baiki Terimalah aku dan milikku seadanya Agar hari kami seindah ceria pelangi Salam perjuangn untuk cinta hatiku Aku turut bahagia kau damai di sisinya Aku turut bahagia syurgamu bersamanya Aku turut gembira kerana cintamu padanya Lumrah rasa lelaki

 

 

 

 merantai hati Logik ku depankan agar tak kesasaran Salam perjuangan untuk permata hatiku Kau penghibur penghilang duka Memikirkanmu hilang segala laraku Bersamamu hilang rasa resahku Salam perjuangan untuk insan di dalamku Kehadiranmu ku nanti dengan penuh kerinduan Ku belai mesra agar hilang kerinduanmu Menjadi kecintaan pada yang menanti Salam perjuangan untuk semua… Selagi hayat di badan… Izinkan aku terus bersama

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments